Fly Away
Home About Stuffs Twitter Follow INSTAGRAM

owner


" I just don't give a shit - Yoongi "

wishlist 2015

44KG
Braces
Dekan
Become more Friendly
Make my family Proud
Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

Hukum memakai Lens Berwarna?? Boleh ke?
Saturday, March 31, 2012 • 5:43 AM • 3 comments



:h:Assalamualaikum


Fiea hendak kongsi pengetahuan yang Fiea barulah juga tahu.Korang-korang semua ini terutamanya perempuan yang mementingkan kecantikkan.Korang ada tak memakai lens berwarna? Ada! Ada!

Bila pakai lens sahaja mesti mata jadi lebih besar dan comel-comel..
Macam-macam colour yang korang boleh pilih.
Kalau ada.Korang tahu tak hukum memakai lens berwarna??
Jangan main pakai sahaja.Kalau tidak jadi macam Fiea ni..
Meyh Fiea ceritekan sebuah artikel yang Fiea jumpa.
Copy banyak dari artikel itu..
muahehehe

Ada dua tujuan memakai kanta lekap;

1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).[1]

3. Adapun penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk, solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fatwa Syeikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin (http://www.ibn-jebreen.com/).
2. Fatwa Syeikh Mohammad Soleh al-Munajjid (http://islamqa.com/).
3. Fatwa Syeikh Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com/

Kalau hendak tahu lebih lanjut Tonyoh sini



Tengok masa Fiea pakai..memang cantik mate tu..ayooo..perasan pulak.
Sekarang dah tak pakai lens berwarna.Hanya pakai yang lutsinar.
:face60:

Jika ada terkasar bahasa Fiea minta maaf.Hanya mahu kongsi apa yang Fiea tahu.










3 Comments:

Blogger arisa nazifa said...

Suwittt.

March 31, 2012 at 7:24 AM  
Blogger Amirah Zulhijjah said...

nice..thnks for the sharing..^^

March 31, 2012 at 7:46 AM  
Blogger syakirah said...

terima kasih kongsi maklumat yang sgt sgt pentg ^^

April 13, 2012 at 2:43 AM  

Post a Comment


|